Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. replace your own image :D


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Your Name
Others: ? ? ?


Ya Allah :'(




"Aku mahu menjadi solehah." Hati ini terdetik. Kadang kala aku terdiam dan aku menjadi malu yang amat apabila berbicara mengenai agama.

Aku terserempak dengan mereka yang solehah. "Allahu. Malunya aku.". Lantas air mata ku merembes keluar. Aku malu ya amat. Tuhan, tolong aku. Hati ini merintih lagi.

Dalam kekalutan aku mencari Duniawi, mereka mencari Akhirat. Aku lemas dalam kekalutan dosaku sendiri. Aku menangis lagi. Aku perlu berubah. Aku mesti berubah. Dunia hampir ke penghujungnya. Sampai bila aku harus leka begini?

Aku mula mencari sinar bahagia dengan Illahi. Walaupun tidak banyak, aku bahagia. Meski hati ini meronta mahukan cintaNya melebihi segalanya, kadang kala aku juga lemas dalam dosa yang kadang kala aku tidak sedar. Aku tangis lagi. Banyaknya dosa ku ya Rabbi.

Berjaga malam hanya untuk laman sosial. Kadang kala malu kerna diri ini masa dengan Illahi sangatlah cetek. Sangat malu aku padaMu ya Rabbi. Maafkan aku. Aku cuma luahkan perasaan pada laman sosial dan bukan padaMu. Sungguh, hina nya aku di depanMu, ya Rabbi. Maafkan aku sekali lagi.

Semoga masih ada masa untuk aku menjadi solehah yang sebenar, ya Rabbi. Semoga aku mati dalam Islam. AgamaMu yang suci. Aku terlalu mencintai mu dan juga Rasulullah. Tersangat rindu. Maafkan aku jika tidak mampu melakukan suruhanMu dan sunnah Nabi. Maafkan aku. Akan aku cuba. Satu persatu. Mulai detik ini.

Jangan tinggalkan aku sendiri ya Rabbi. Aku mohon :'( .